Nak Cari Apa Ek? Search sini la...

Monday, February 24, 2014

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS - GURU BESAR


  • Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan  pengesahan dalam jawatan semua kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya.
  • Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi semua kakitangan di bawah jagaannya.
  • Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan, penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan
  • Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus dalam jawatan.
  • Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian kakitangan di sekolahnya.
  • Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas kakitangan sekolahnya.
  • Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan.
  • Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan guru.
  • Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.
  • Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.
  • Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur dan sempurna.
  • Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan ditetapkan itu berjalan dengan lancar.
  • Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan sempurna dan dilaksanakan 
  • Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.
  • Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
  • Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang melibatkan guru dan kakitangan.
  • Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain.
  • Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
  • Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa.
  • Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan dilaksanakan dengan sempurna.
  • Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang dilakukan oleh pihak sekolah.

Lagu Sekolah


SKSK sekolah berbudi
Mendidik kami semua
Dengan ilmu dan pendidikan
Yang bernilai dan berharga

Sekolah tempat bernaung
SKSK tetap unggul
2020 cita kami
Kejayaan matlamat kami

Bidang sukan dan akademik
Tetap tak ketinggalan
Maruah kami, kami tinggikan

Agar tercapai wawasan
                          Agar tercapai wawasan

Lencana Sekolah


KETERANGAN WARNA
Biru: 
melambangkan usaha, keharmonian dan perpaduan warga sekolah.
Kuning :
melambangkan kesetiaan dan kepatuhan warga sekolahnpadamsekolah raja dan negara.
Merah :
melambangkan semangat, kecekalan, kesungguhan dan keberanian warga sekolah menuju 
kecemerlangan.
Putih
kesucian hati untuk melaksanakan tugas untuk mencapai kecemerlangan.
Hijau  : 
melambangkan penghargaan warga sekolah terhadap alam sekitar.

KETERANGAN BENTUK
Obor : 
melambangkan kepentingan ilmu sebagai penyuluh hidup dan kebahagiaan hidup masa hadapan.
Perisai::
melambangkan institusi sekolah sentiasa melindungi kebajikan warga sekolah bagi melahirkan 
insan cemerlang.
Jalur bendera : 
melambangkan kita di bawah naungan kerajaan negeri sembilan dan luak.
Pokok getah : 
melambangkan hasil punca pendapatan yang utama penduduk setempat.

Sejarah SK Sungai Kelamah (F)

Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah (F) terletak di Felda Sungai Kelamah (RKTP) iaitu kira-kira 44km dari bandar tampin dan 14km dari Pekan Gemas. Sekolah ini berada di bawah naungan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tampin yang menerajui agenda pendidikan bertaraf global.
            Sekolah ini mula beroperasi pada 13 Mei 1968 berbekalkan satu bangunan yang mengandungi 6 bilik darjah, satu kantin, tandas, 2 unit rumah guru kelag G dan padang permainan. Bahtera sekolah pada masa itu diterajui oleh Encik Mohammad Bin Sigot AMN, PJK, PKL dengan 4 orang guru dan 82 orang murid. Jejak awal ternyata berhasil bilangan murid mencecah sehingga 215 orang murid di akhir tahun tersebut.
            Perasmian bangunan baru SK Sungai Kelamah oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan pada 29 Mei 1982 memangkin peradaban bangsa melakar generasi perwira sehingga mencapai 515 orang murid, 16 orang guru dan kakitangan pentadbiran sebagai anggota.
            Tanggal 21 Ogos 1992, perayaan jubli perak dirasmikan oleh Y.B. Dato Hj. Mohd Noh Bin Rejab, Ahli Parlimen Tampin pada masa itu memahat inspirasi baru dan memahat kejayaan cemerlang, gemilang, terbilang.

Ujian Bulan Februari 2014


Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah (F) menjalankan ujian bulanan- bulan Februari bermula 
24 Feb 2014 hingga 26 Feb 2014.
UJian ini melibatkan murid-murid tahun 4, 5 dan 6. yang mana bagi murid-murid tahun 4, pentaksiran dijalankan.

Wednesday, February 19, 2014

Alhamdulillah... Laman Baharu


Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. hari ni 20/2/2014 laman maya yang baharu bagi SK Sungai Kelamah 'RKTP' dapat ditubuhkan..
Penubuhan dan pembukaan laman baharu ini disebabkan oleh masalah teknikal yang melanda laman yang lama iaitu http://sksgkelamah.blogspot.com
Masalah yang dihadapi menyebabkan admin tidak dapat mengakses laman tersebut. maka setelah berbincang dengan pengurusan sekolah, laman baharu ini ditubuhkan dan dibuka bagi menyambung laman blog yang sedia ada.
harap maklum