Sekolah Kebangsaan
Sungai Kelamah (F) terletak di Felda Sungai Kelamah (RKTP) iaitu kira-kira 44km
dari bandar tampin dan 14km dari Pekan Gemas. Sekolah ini berada di bawah
naungan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tampin yang menerajui agenda pendidikan
bertaraf global.
Sekolah ini mula beroperasi pada 13 Mei 1968 berbekalkan
satu bangunan yang mengandungi 6 bilik darjah, satu kantin, tandas, 2 unit rumah
guru kelag G dan padang permainan. Bahtera sekolah pada masa itu diterajui oleh
Encik Mohammad Bin Sigot AMN, PJK, PKL dengan 4 orang guru dan 82 orang murid. Jejak
awal ternyata berhasil bilangan murid mencecah sehingga 215 orang murid di
akhir tahun tersebut.
Perasmian bangunan baru SK Sungai Kelamah oleh YAB
Menteri Besar Negeri Sembilan pada 29 Mei 1982 memangkin peradaban bangsa
melakar generasi perwira sehingga mencapai 515 orang murid, 16 orang guru dan
kakitangan pentadbiran sebagai anggota.
Tanggal 21 Ogos 1992, perayaan jubli perak dirasmikan
oleh Y.B. Dato Hj. Mohd Noh Bin Rejab, Ahli Parlimen Tampin pada masa itu
memahat inspirasi baru dan memahat kejayaan cemerlang, gemilang, terbilang.
No comments:
Post a Comment